Pembatalan Road Tax

Pembatalan Road Tax atau Pembatalan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Berikut adalah cara pembatalan LKM.

Kaedah Pertama : Pembatalan tanpa tuntutan.
Kaedah Kedua : Pembatalan bersama tuntutan (lebihan baki dalam LKM).

...........................................................................................................................


Kaedah Pertama :

1) Pergi ke Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan. Minta Borang Pembatalan LKM (Surat Kebenaran Membatalkan LKM Bagi Kenderaan No ... ).




2) Isi maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut.
3) Ambil nombor giliran di kaunter di bilik nombor 5.



4) Apabila tiba giliran anda, serahkan dokumen berikut :

No. Giliran
Kad Pengenalan
Road Tax
Borang Pembatalan LKM


5) Kemudian anda akan dapat kembali :

Kad Pengenalan
Dokumen Butir-Butir Bayaran Balik LKM






6) Alhamdulillah...
Proses pembatalan LKM telah selesai. Ini adalah contoh yang saya buat di Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, Jalan Padang Jawa 40620 Shah Alam. Sebaiknya bawa geran kenderaan asal ketika penyerahan Borang Pembatalan LKM.




...........................................................................................................................




Kaedah Kedua :

1) Pergi ke Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan. Minta :

Borang Pembatalan LKM (Surat Kebenaran Membatalkan LKM Bagi Kenderaan No ... ).




Borang Tuntutan Lebihan Baki dalam LKM (Senarai Semak - 1 salinan)


 Borang Tuntutan Lebihan Baki dalam LKM (JPJK6 - 2 salinan)


2) Isi maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut.
3) Seterusnya anda perlu bertanya kepada Pegawai JPJ yang sedang bertugas. Maaf ya, saya tidak pasti sebab saya sendiri tidak membuat tuntutan lebihan wang dalam LKM.

(Borang Senarai Semak dan Borang JPJK6 adalah satu set)

Semoga maklumat ringkas ini dapat membantu anda dalam berurusan dengan pihak JPJ.
Salam mesra dari saya.

22/03/2017 (Rabu) 23:50

Comments

  1. Tq sgt membantu even simple.

    ReplyDelete
  2. boss...kalau tidak dpt mengemukakan photo road tax x ada isu besar kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada roadtax, saya tak bawa roadtax balik kosong, dia suruh datang lain

      Delete
    2. maksud kena buka tampal road tax kete tu baru bg buat pembatalan kan?

      Delete
    3. yup. kena bawa roadtax asal (kena tanggalkan dari cermin kereta), salinan kp dan borang yg siap di isi (ambil di jpj). Urusan di kaunter sekejap je. tak sampai 5 minit.

      Delete
  3. Hi nk tnya, i ada isu nk dikemukakan... Bagaimana klau kita x mahu bli insurans n renew roadtax dgn sbuah syarikat insurans ni... Then dye dh btalkan insurans but not roadtax.. for the first that insurer bgitahu nk pos roadtax tu tnpa i byar hrga sbb dh btalkan insurans kan...then ttiba dye sruh bnk in rm90 utk roadtax tu then dye akn trus pos... N i bank in lah...sbb nk roadtax tu cpat spya bleh refer jpj cancelkan roadtax n renew roadtax n insurans baru at tmpat lain...at the last dye suh bgi covernote insurans baru to them then bru dye boleh pos...so ape yg prlu sya buat?? Sbb roadtax kreta dh tamat nii..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Soalan saya boleh ke tuntut lebihan cukai jalan sebab sy beli kereta dari semenanjung dan hantar ke sarawak. Perbezaan cukai jalan tersebut lebih kurang RM200 untuk kenderaan persendirian 2400cc. Ada x borang atau document untuk saya rujuk. Untuk makluman saya telah ke JPJ dan bertanya. Tapi malang nya diberitahu tiada pemulangan untuk baki tersebut.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum bro sy nk tanya pasal pembatalan Roadtax sbb nk tkr kpd insuran lain.. Ini ke cara2 nye..? Akan dpt balik x duit yg keseluruhan duit kite?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...geran asal diperlukan ker...or bawa roadtax je...kalau wakil boleh ker..or kena owner sendiri..tq

    ReplyDelete

  7. Salam.. Saya nak tnya..? Berapa lama process pembatalan yea?.. Saya buat pembatalan 04/08/20.sampai sekarang x boleh nak renew roadtax.. Tnya insurance.. Dah siap Roadtax ke?. Insurance ckp dekat saya x dapat lg.. Sbb jpj x batalkn lg.. Surat pembatalan semua ada kat saya..? Apa harus saya buat ye?.. Kereta hampir sebulan x bergerak.. Huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pembatalan Insurans Kereta