Pembatalan Insurans Kereta
Berikut adalah cara pembatalan insurans kereta. ........................................................................................................................... 1) Ambil nombor giliran. 2) Apabila tiba giliran anda, serahkan dokumen berikut : Kad Pengenalan Polisi Insurans Kereta Butir-Butir Bayaran Balik LKM (anda akan mendapat dokumen ini setelah anda berjaya membuat pembatalan lesen kenderaan motor). 3) Anda akan diberikan satu borang. Isi maklumat yang diperlukan dalam Borang Endorsemen tersebut. 4) Kemudian anda akan dapat kembali : Kad Pengenalan Dokumen Pembatalan Insurans Kereta 6) Alhamdulillah... Proses pembatalan insurans kereta telah selesai. Dalam masa 1-2 minggu, wang anda akan dimasukkan dalam akaun bank. ........................................................................................................................... Semoga maklumat ringkas ini dapat membantu anda. Salam mesra dari saya. 23 /03/2017